Make your own free website on Tripod.com

Hamidon-Zaini

Home | Biodata Sepintas Lalu | Hubungi Saya | Perkhidmatan | Bagaimana Cara Saya Bekerja | Kelemahan Ketara | Penutup & Falsafah Saya | Artikel | FAQ and Links

Add your logo here

 

Selamat Datang ke Laman Web Hamidon-Zaini!


Hamidon Zaini

Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan

 

Setelah berkecimpung selama lebih dari 24 tahun dalam pekerjaan di bidang perbankan dan perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) serta pembabitan dalam perkhidmatan pakar runding (pengkhususan dalam bidang perakaunan), saya dapati dua bidang yang kelemahan pengusaha Bumiputera adalah tersangat ketara. Bidang-bidang tersebut adalah Perakaunan dan Pemasaran.


Berbekalkan pengalaman terlibat secara langsung di bidang perakaunan, lebih dari 20 tahun, saya merasakan saya bertanggungjawab untuk membantu pengusaha-pengusaha Bumiputera mengimplementasikan sistem perakaunan yang sistematik yang akhirnya akan membantu pengusaha itu sendiri mengawal-selia perniagaannya dengan cekap, efektif dan berkesan. Perniagaan yang dikawal selia dengan sistematik mempunyai kadar daya maju, daya saing dan daya tahan yang tinggi.


Ketidak-seriusan pengusaha Bumiputera dalam bidang perakaunan menyebabkan pengusaha Bumiputera tidak melayakkan diri untuk mendapat kepercayaan institusi pembiayaan samada bank perdagangan mahupun badan berkanun kerajaan. Ini menyebabkan pengusaha Bumiputera semakin ketinggalan dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain dalam bidang perniagaan kerana kekurangan modal untuk berkembang. Kelemahan ini tidak disedari oleh kalangan pengusaha Bumiputera itu sendiri atau sikap tak acoh mereka yang sengaja mengabaikan keperluan mempunyai sistem perakaunan yang sistematik selain memberi tumpuan yang khusus di bidang yang tidak kurang iaitu pemasaran.


Atas kesedaran di atas, saya menawarkan diri untuk membantu. Kepakaran utama saya ialah bidang perakaunan dan bukan pemasaran. Caranya ialah dengan berkongsi pengalaman dalam sama-sama mengimplementasikan sistem perakaunan yang betul serta merancang dan melaksanakan strategi-strategi kewangan dan perniagaan yang berkesan yang saya perolehi hasil terlibat sendiri di bidang perakaunan dan pengurusan perniagaan selama ini.

Hubungi Saya.


Jadi, apa tunggu lagi! Langkah bijak anda seterusnya, berbincanglah dengan saya. Sila berhubung dengan saya di alamat berikut:


Hamidon Zaini

(Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan)

366, Jalan Melati 10

Taman Desa Melati 3 Fasa 4

Bandar Baru Nilai

71800 Nilai

Negeri Sembilan Darul Khusus


Telefon Bimbit : 016-620 8414

(talian tetap untuk fax sedang menunggu kelulusan Telekom Malaysia)


Kawasan sasaran: Bersedia untuk berkhidmat di Seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuk Negara Brunei Darussalam.

Di zaman ICT serba canggih ini, marilah kita manfaatkan kemudahan ICT dengan menggunakannya secara meluas.

Alamat email: hamidon_zaini@yahoo.com atau hamidonzaini@gmail.com

Laman Web: http://hamidon-zaini.tripod.com




Graphic of a money sign under construction; Size=180 pixels wide

Sila tinggalkan komen serta alamat email anda untuk pihak saya menghubunginya di masa akan datang.

info@hamidon-zaini.tripod.com

Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan