Make your own free website on Tripod.com

Hamidon-Zaini

Kelemahan Ketara
Home | Biodata Sepintas Lalu | Hubungi Saya | Perkhidmatan | Bagaimana Cara Saya Bekerja | Kelemahan Ketara | Penutup & Falsafah Saya | Artikel | FAQ and Links

 

KELEMAHAN KETARA PENGUSAHA BUMIPUTERA

dari perspektif Permohonan Pinjaman Bank

 

Semasa saya bertugas sebagai perunding pinjaman, perkara-perkara berikut adalah kelemahan ketara pengusaha-pengusaha bumiputera khasnya yang menyebabkan permohonan pinjaman mereka ditolak oleh institusi kewangan dan akibatnya, proses perkembangan syarikat-syarikat Bumiputera terlibat terbantut;


  1. Dalam penilaian Profil syarikat dan Penyata Kewangan, ciri-ciri yang dititikberatkan adalah ketelusan, keikhlasan dan kejujuran bakal peminjam. Ini bermakna segala perakuan profil dan kewangan syarikat mestilah tidak mencurigakan pihak penilai. Untuk membuat kesimpulan samada pihak bakal peminjam ikhlas atau tidak, adalah dengan mendapatkan akaun yang telah diodit oleh Juru Odit Bertauliah. Memandangkan setiap syarikat sendirian berhad telah diwajibkan oleh kerajaan (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk menghantar lapuran kewangan yang telah diodit pada setiap tahun, syarikat-syarikat Bumiputera dalam kategori ini terselamat kerana mahu tidak mahu mereka terpaksa mendapatkan khidmat Juru Odit bertauliah untuk mengodit akaun syarikat mereka. Secara otomatik syarikat-syarikat kategori ini terpaksa mempunyai Sistem Perakaunan yang baik untuk membolehkan akaun syarikat mereka diodit. Jika tidak, mereka akan terdedah kepada tindakan undang-undang. Namun kesilapan yang sering dilakukan oleh pengusaha adalah mengistiharkan untung yang terlalu kecil atau kerugian bagi tujuan mengelak dari dikenakan cukai. Di mata penilai, dari kalangan pegawai bank atau institusi kewangan, syarikat sedemikian tidak wajar diberikan pinjaman kerana tidak berdaya maju dan tidak berdaya tahan. Dengan kata lain, tidak berpotensi untuk berkembang dan kemungkinan tidak berupaya membayar balik wang pinjaman.


  1. Memandangkan tiada syarat sedemikian (rujuk 1 di atas) diwajibkan ke atas syarikat-syarikat enterprise (pemilik tunggal atau perkongsian), keikhlasan dan kejujuran diukur dengan kesedian syarikat mengistiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti yang tercatit di dalam Borang J/EA Income Tax. Hampir kesemua syarikat Bumiputera yang saya temui tidak berbuat demikian kecuali yang cerdik dan berwawasan. Itupun cuma sekadar menghantar lapuran kewangan yang direka sendiri bagi tujuan pengistiharan pendapatan dan perbelanjaan bagi tujuan membayar cukai pendapatan seperti yang diwajibkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hampir keseluruhan syarikat enterprise (pemilik tunggal atau perkongsian) tidak mempunyai Sistem Perakaunan yang sistematik dan menyeluruh. Oleh yang demikian, penyediaan Penyata Kewangan Syarikat adalah tidak tepat dan maklumat yang dinyatakan di dalam Penyata Kewangan sering bercanggahan di antara satu sama lain. Ini bakal mencurigakan pihak penilai.


  1. Kegagalan menyimpan rekod perakaunan secara sistematik bakal mengundang ketidak-patuhan kepada disiplin kewangan seperti gagal melunaskan bayaran balik pinjaman atau dana tidak mencukupi di dalam akaun semasa yang akhirnya mengakibatkan nama syarikat dan pengusaha terbabit tersenarai di dalam Sistem Maklumat Rekod Buruk seperti CTOS, FIS, BMC, CCRIS atau lain-lain sistem maklumat yang diiktiraf oleh institusi kewangan. Adalah sudah menjadi tradisi di kalangan institusi kewangan di Malaysia, sekiranya nama sudah tersenarai di dalam Sistem Maklumat Rekod Buruk di atas, individu atau syarikat terbabit tidak akan layak untuk menikmati kemudahan pinjaman atau kemudahan perbankan dari mana bank atau institusi kewangan di Malaysia melainkan rekod buruk tersebut telah dikeluarkan dari sistem maklumat tersebut. Untuk CTOS, maklumat tersebut akan terus kekal selama-lamanya di sana.


Kelemahan-kelemahan di atas adalah kelemahan yang boleh dielakkan sekiranya para pengusaha membuat perancangan rapi. Setiap perkara yang akan kita lakukan mestilah dirancang terlebih dahulu dengan mengambil pendekatan-pendekatan tertentu yang saya namakan strategi. Setiap perancangan perniagaan hendaklah disertai dengan strategi-strategi yang betul supaya matlamat yang ditetapkan mudah terhasil. Inilah peranan yang saya boleh mainkan bagi membantu anda, pengusaha Bumiputera, untuk meningkatkan kadar kejayaan anda di dalam perniagaan. Pembabitan saya di dalam perniagaan anda tidak menjanjikan kejayaan 100% tetapi peranan saya ialah untuk meningkatkan kadar kejayaan anda. Selebihnya ia bergantung kepada diri anda sendiri.


Saya ingin berkongsi 2 Kesah Benar (case study) untuk diambil iktibar;


Situasi 1


Seorang pengusaha telah berniaga lebih dari 10 tahun dan perniagaannya sangat maju dan menguntungkan dan ingin membuat pinjaman bagi memperkembangkan lagi perniagaannya. Selama lebih 10 tahun berniaga, beliau tidak pernah membuat perisytiharan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Oleh yang demikian, beliau tidak mempunyai Borang J atau Borang EA Cukai Pendapatan untuk menyokong permohonannya. Permohonannya telah dikurangkan amaun pinjaman.


Kerugian peluang (opportunity loss)

Banyak cara hendak mengelak dari membayar cukai yang tidak sepatutnya dibayar kerana kecetekan ilmu di dalam bidang percukaian tapi kena guna khidmat perunding percukaian bertauliah. Pada pendapat saya, pengusaha yang dimaksudkan cuma perlu membayar cukai tidak melebihi RM 5,000 setahun. Beliau telah mengaku kesilapan beliau. Beliau bertindak sedemikian kerana terpengaruh dengan nasihat kawan-kawan. Akibatnya beliau terlepas dari mendapat keuntungan yang hampir pasti dicapai berjumlah RM50,000 setahun kerana pinjaman yang diberikan tidak mencukupi untuk tujuan asal pinjaman tersebut dipohon.


Situasi 2


Seorang pengusaha ditawarkan pinjaman mudah berjumlah RM50,000 bagi tujuan untuk advance hari raya. Bank tersebut cuma mahukan 2 dokumentasi mudah dari beliau iaitu Borang Pendaftaran syarikat dan Borang J Cukai Pendapatan. Pengusaha tersebut tidak mempunyai Borang J dan pinjaman tidak dapat diberikan akhirnya.


PENGAJARAN YANG DAPAT DIPELAJARI DARI KEDUA-DUA SITUASI DI ATAS.


Sebagai seorang pengusaha kita hendaklah berpandangan jauh. Jangan abaikan tanggung-jawab membayar cukai pendapatan. Guna khidmat perunding percukaian bertauliah untuk memberikan nasihat percukaian. Kecuaian dalam hal ini membuatkan kita terlepas banyak peluang bagi mengembangkan perniagaan yang sepatutnya sudah menjadi hak kita. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tetapi anda masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan.



Jadi, apa tunggu lagi! Langkah bijak anda seterusnya, berbincanglah dengan saya. Sila berhubung dengan saya di alamat berikut:


Hamidon Zaini

(Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan)

366, Jalan Melati 10

Taman Desa Melati 3 Fasa 4

Bandar Baru Nilai

71800 Nilai

Negeri Sembilan Darul Khusus


Telefon Bimbit : 016-620 8414

(talian tetap untuk fax sedang menunggu kelulusan Telekom Malaysia)


Kawasan sasaran: Bersedia untuk berkhidmat di Seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuk Negara Brunei Darussalam.

Di zaman ICT serba canggih ini, marilah kita manfaatkan kemudahan ICT dengan menggunakannya secara meluas.

Alamat email: hamidon_zaini@yahoo.com atau hamidonzaini@gmail.com

Laman Web: http://hamidon-zaini.tripod.com


Enter supporting content here

Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan