Make your own free website on Tripod.com

Hamidon-Zaini

Penutup & Falsafah Saya

Home | Biodata Sepintas Lalu | Hubungi Saya | Perkhidmatan | Bagaimana Cara Saya Bekerja | Kelemahan Ketara | Penutup & Falsafah Saya | Artikel | FAQ and Links

Penutup dan Falsafah Saya

Konsep rundingcara saya adalah dari hati ke hati. Saya menitikberatkan perhubungan yang rapat dan intim serta berterus terang dan telus dengan pengusaha yang melantik saya. Oleh yang demikian hampir 100% rundingcara dilakukan oleh saya sendiri. Kawasan sasaran saya adalah seluruh Malaysia. Saya bersedia untuk menemui anda di mana sahaja di Seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga tidak menolak sekiranya ada keperluan untuk berkhidmat dengan Usahawan di Negara Brunei Darussalam.


Falsafah saya ialah ‘bukan komisen atau yuran perkhidmatan’ yang saya kenakan. Saya menganggap diri saya sebagai rakan kongsi secara tidak langsung dalam perniagaan anda. Yuran perkhidmatan saya adalah sebahagian kecil dari hasil keuntungan atau penjimatan yang bakal dijana hasil dari nasihat yang saya berikan atau cadangkan dan bukan dari keuntungan atau modal syarikat sediada.


Saya telah mengalami jatuh bangun serta telah melakukan berbagai-bagai kesilapan sewaktu saya menerajui perniagaan samada menggunakan modal sendiri atau sebagai pekerja kepada majikan terdahulu. Kegagalan yang saya alami serta kesilapan yang saya telah lakukan itulah, yang saya mahu elakkan dari berulang kembali dan terjadi kepada pengusaha-pengusaha IKS Bumiputera yang bakal mendapatkan khidmat nasihat dari saya.


Bertindaklah segera! Hubungi saya untuk penerangan lanjut. Sebarkanlah maklumat penting ini kepada rakan taulan anda yang anda fikir memerlukan perkhidmatan saya.


Hamidon Zaini

(Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan)

366, Jalan Melati 10

Taman Desa Melati 3 Fasa 4

Bandar Baru Nilai

71800 Nilai

Negeri Sembilan Darul Khusus


Telefon Bimbit : 016-620 8414

(talian tetap untuk fax sedang menunggu kelulusan Telekom Malaysia)


Kawasan sasaran: Bersedia untuk berkhidmat di Seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuk Negara Brunei Darussalam.

Di zaman ICT serba canggih ini, marilah kita manfaatkan kemudahan ICT dengan menggunakannya secara meluas.

Alamat email: hamidon_zaini@yahoo.com atau hamidonzaini@gmail.com

Laman Web: http://hamidon-zaini.tripod.com

Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan