Make your own free website on Tripod.com

Hamidon-Zaini

Perkhidmatan

Home | Biodata Sepintas Lalu | Hubungi Saya | Perkhidmatan | Bagaimana Cara Saya Bekerja | Kelemahan Ketara | Penutup & Falsafah Saya | Artikel | FAQ and Links

Perkhidmatan dan Kepakaran Saya;

 

Perkhidmatan dan Kepakaran Saya;


Perkhidmatan dan kepakaran saya adalah di dalam bidang-bidang berikut;


  1. Penyediaan Sistem Perakaunan Syarikat

Inilah kepakaran utama saya. Saya diajar dan dilatih dalam bidang Perakaunan dan terlibat dalam bidang ini secara langsung lebih dari 20 tahun. Pengalaman ini boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat IKS yang tidak mempunyai Akauntan sepenuh masa tetapi percaya akan manfaat menyimpan buku akaun untuk kegunaan memantau perkembangan syarikat. Sekiranya syarikat anda belum lagi atau tidak mempunyai sistem perakaunan yang sistematik, saya boleh membantu menyediakannya samada secara manual atau berkomputer serta memberikan latihan kepada kerani akaun yang bakal ditugaskan mengendalikannya. Saya juga boleh menyelia dari masa ke semasa bagi mempastikan akaun yang disimpan adalah betul dan menepati standard perakauanan yang diiktiraf.


  1. Khidmat Nasihat Perakaunan

Untuk anda mendapatkan Akauntan sepenuh masa, anda mungkin harus membayar gaji yang tinggi. Saya boleh membantu menganalisis lapuran akaun bulanan syarikat anda dan memberikan nasihat langkah-langkah yang harus dilaksanakan bagi meminimakan kos dan memaksimakan keuntungan di samping menganalisis petunjuk-petunjuk dari lapuran tersebut bagi mempastikan syarikat anda sentiasa berada di landasan yang betul. Di samping itu saya juga boleh memberi nasihat bagaimana membuat perancangan masa akan datang kerana kebanyakan pengusaha tidak memikirkan apa akan terjadi kepada perniagaannya yang telah terbina sekian lama sekiranya dirinya sudah tiada lagi di dunia ini. Selain dari itu, saya juga boleh membimbing dalam melaksanakan kawalan bajet serta mengatur strategi bagi pembayaran cukai pendapatan dan keperluan modal kerja bagi perkembangan perniagaan anda.


  1. Permohonan Pinjaman Bank

Rata-rata pengusaha Bumiputera kekurangan modal bagi menggandakan keuntungan. Di dalam usaha untuk memajukan industri kecil dan sederhana (IKS), pelbagai skim dan dana telah diperuntukkan oleh Kerajaan dan institusi kewangan melalui saluran-saluran tertentu. Proses yang rumit dan teliti untuk mendapatkan dana-dana tersebut mengambil masa dan saya boleh membantu anda.


Saya boleh membantu anda membuat permohonan pinjaman atau mendapatkan dana dalam bentuk geran dengan penyediaan dokumen yang selengkap-lengkapnya seperti yang dikehendaki oleh institusi pembiayaan samada bank perdagangan atau badan berkanun termasuk penyediaan Rancangan Perniagaan, Unjuran Penyata Aliran Tunai dan Unjuran Kewangan akan datang. Selain itu saya juga boleh memberi khidmat nasihat agar anda dapat menyempurnakan tanggungjawab anda untuk membayar balik pinjaman anda dengan selesa dan tidak membebankan. Dengan kata lain, saya akan mengajar anda strategi mudah untuk membayar balik pinjaman anda. Bukan setakat itu, saya tidak akan biarkan anda kesaorangan selepas itu. Saya juga boleh terus menerus memantau syarikat anda dari masa ke semasa bagi memastikan syarikat anda sentiasa berada di landasan yang betul seperti yang anda rancangkan. Rujuk Bagaimana Cara Saya Berkerja untuk mengetahui cara saya menangani bidang perundingan ini secara terperinci.


  1. Cadangan Penstrukturan Semula Pinjaman

Sekiranya syarikat anda menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar balik pinjaman bank sediada, saya boleh membantu untuk mencari alternatif-alternatif baru atau memberi cadangan pengstrukturan semula pinjaman anda dengan institusi kewangan dan merundingkannya dengan mereka bagi pihak anda.


  1. Khidmat Nasihat Kewangan

Saya berpengalaman luas dalam hal-ehwal pengurusan kewangan syarikat. Saya mungkin berupaya membantu anda memberi nasihat bagaimana untuk memaksimakan penggunaan modal kerja serta penggunaan instrumen bank bagi tujuan meningkatkan modal kerja serta bagaimana mengawal kecairan aliran tunai syarikat supaya operasi syarikat anda sentiasa lancar dan tidak tergendala.


  1. Khidmat Nasihat Perniagaan

Dalam bidang-bidang perniagaan tertentu (sila rujuk biodata saya), saya berpengalaman luas dan pengalaman tersebut boleh dikongsi bersama untuk dimanfaatkan sebagai panduan supaya kesilapan saya yang terdahulu tidak diulangi oleh anda sebagai pengusaha. Kepada bakal-bakal usahawan, saya kira, pengalaman saya boleh dijadikan panduan berguna untuk anda memulakan sesuatu perniagaan.


  1. Khidmat Nasihat Teknologi Makanan (dengan bantuan rakan Pakar Teknologi Makanan)

Pengalaman sewaktu saya menerajui beberapa syarikat memperoses makanan sewaktu bertugas di Negara Brunei Darussalam amatlah berguna untuk dimanfaatkan dan dikongsi bersama oleh pengusaha sediada atau bakal usahawan. Berikut adalah bidang memperoses makanan yang saya pernah terlibat secara langsung;

    • Makanan dalam Tin

    • Minuman berperisa kordial

    • Pemerosesan Beranika jenis Serbok Rempah

    • Sos kicap, sos cili, sos tomato dan cuka buatan

    • Roti dan konfeksonari

    • Kopi dan teh

    • Kerisik

    • Ciliboh


Saya juga beberapa kali terlibat dalam pembinaan kilang memperoses makanan dan pembelian mesin serta peralatan. Saya juga berpengalaman dalam bidang pembungkusan dan rekabentuk pembungkusan. Bidang teknologi makanan memerlukan kepakaran yang sangat teliti memandangkan ia bersangkut paut dengan keselamatan pengguna dan untuk itu saya mempunyai beberapa rakan Pakar Teknologi Makanan yang bertauliah dan berdaftar untuk dirujuk atau memberikan khidmat sokongan jika diperlukan.


Sekiranya saya dilantik sebagai perunding, saya akan menggunakan keseluruhan kepakaran dan pengalaman saya bagi membantu anda mengikut keperluan yang anda tetapkan.

 

Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan