Make your own free website on Tripod.com

Hamidon-Zaini

Biodata Sepintas Lalu

Home | Biodata Sepintas Lalu | Hubungi Saya | Perkhidmatan | Bagaimana Cara Saya Bekerja | Kelemahan Ketara | Penutup & Falsafah Saya | Artikel | FAQ and Links

Biodata Sepintas Lalu

 

Saya adalah graduan lepasan UiTM dalam bidang Perakaunan dan jawatan terakhir saya sebelum menceburkan diri sebagai Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan sepenuh masa adalah Perunding Kanan Kewangan untuk Prime Global Consultants, sebuah syarikat perunding pinjaman berdaftar yang dilantik oleh Royal Mint Exchange (RMex) untuk Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). Saya bertindak untuk bergerak bersendirian kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membantu para usahawan Bumiputera yang memerlukan perkhidmatan rundingcara perakauanan, kewangan dan perniagaan. Secara bersendirian, saya bebas untuk membuat keputusan tanpa terikat dengan peraturan syarikat yang kadang-kadang mengongkong cara saya memberikan perkhidmatan. Sebagai contoh, di dalam proses rundingcara, saya banyak selitkan unsur-unsur kebajikan yang tidak dikenakan sebarang bayaran. Ini selalunya bertentangan dengan peraturan dan matlamat syarikat.


Saya berpengalaman luas dalam bidang perakaunan, perbankan dan pengurusan perniagaan. Pengalaman tersebut diperolehi semasa saya berkhidmat di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia selama 10 tahun dalam bidang perakaunan dan teknologi maklumat sebelum menceburkan diri ke bidang perniagaan dengan mengetuai beberapa syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) pelbagai saiz di Negara Brunei Darussalam selama 14 tahun. Jawatan terakhir saya di Brunei adalah sebagai Pengurus Besar Kumpulan bagi salah sebuah Kumpulan Syarikat terkemuka di sana yang menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang termasuklah kilang memproses makanan, perniagaan borong & pengedaran, pelancongan & pengembaraan, perkapalan & penghantaran fret, perkhidmatan pelabuhan, sajian makanan & rangkaian restoran, pengurusan medan selera, pengangkutan, perniagaan wakil insurans & takaful, pembangunan & pengurusan hartanah, perbekalan, pembuatan & perbekalan pakaian seragam, kontraktor bangunan dan kontraktor am serta pengendali pengangkutan awam.


Saya juga berpengalaman dalam mengetuai beberapa operasi pengendalian kontrak dengan Syarikat Minyak Shell Brunei Sdn Bhd dalam bidang perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran fret serta perkhidmatan sokongan lain untuk beberapa tahun. Secara keseluruhannya, saya mempunyai 24 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan, perbankan, pengurusan, dan perniagaan termasuklah secara tidak langsung bidang pembangunan modal insan.


Sewaktu bertugas sebagai pegawai perakaunan dan pegawai teknologi maklumat di salah sebuah bank di Malaysia, saya sering ditugaskan untuk mengendalikan latihan mengenai perakaunan cawangan di seluruh Malaysia. Saya juga merupakan pakar rujuk kepada permasalahan perakaunan cawangan ketika itu. Tugasan terakhir saya sewaktu bekerja di bank adalah memberikan latihan serta mengetuai pertukaran sistem perakaunan di 2 cawangan bank di Negara Brunei Darussalam dari sistem manual kepada sistem berkomputer.


Sewaktu bertugas di sektor perniagaan di Negara Brunei Darussalam, saya merupakan mentor dan penasihat utama kepada Koperasi Pusat Pembangunan Belia Berhad yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan serta aktif memberikan latihan keusahawanan kepada belia-belia lepasan Pusat Pembangunan Belia, Negara Brunei Darussalam.


Setelah menamatkan kontrak perkhidmatan di Negara Brunei Darussalam, saya telah kembali ke Malaysia dan menyertai Prime Global Consultants sebagai Perunding Kanan Kewangan. Dari pendedahan sewaktu bertugas di Prime Global Consultants memberikan khidmat rundingcara dengan para pengusaha, saya berpendapat saya boleh menyumbang dengan lebih bermakna lagi kepada anak bangsa saya sendiri dengan menubuhkan agensi sendiri. Dengan berbekalkan pengalaman luas saya di pelbagai bidang yang berkaitan dengan perniagaan, saya penuh yakin, pengalaman saya dapat dimanfaatkan bagi membantu para usahawan kecil dan sederhana (IKS) Bumiputera khasnya di Malaysia ini.


Perunding Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan