Setelah berkecimpung selama lebih dari 24 tahun dalam pekerjaan di bidang perbankan dan perniagaan industri
kecil dan sederhana (IKS) serta pembabitan dalam perkhidmatan pakar runding (pengkhususan dalam bidang perakaunan), saya dapati
dua bidang yang kelemahan pengusaha Bumiputera adalah tersangat ketara. Bidang-bidang tersebut adalah Perakaunan dan Pemasaran.
Berbekalkan pengalaman
terlibat secara langsung di bidang perakaunan, lebih dari 20 tahun, saya merasakan saya bertanggungjawab untuk membantu pengusaha-pengusaha
Bumiputera mengimplementasikan sistem perakaunan yang sistematik yang akhirnya akan membantu pengusaha itu sendiri mengawal-selia
perniagaannya dengan cekap, efektif dan berkesan. Perniagaan yang dikawal selia dengan sistematik mempunyai kadar daya maju,
daya saing dan daya tahan yang tinggi.
Ketidak-seriusan pengusaha
Bumiputera dalam bidang perakaunan menyebabkan pengusaha Bumiputera tidak melayakkan diri untuk mendapat kepercayaan institusi
pembiayaan samada bank perdagangan mahupun badan berkanun kerajaan. Ini menyebabkan pengusaha Bumiputera semakin ketinggalan
dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain dalam bidang perniagaan kerana kekurangan modal untuk berkembang. Kelemahan ini tidak
disedari oleh kalangan pengusaha Bumiputera itu sendiri atau sikap tak acoh mereka yang sengaja mengabaikan keperluan mempunyai
sistem perakaunan yang sistematik selain memberi tumpuan yang khusus di bidang yang tidak kurang iaitu pemasaran.
Atas kesedaran di atas,
saya menawarkan diri untuk membantu. Kepakaran utama saya ialah bidang perakaunan dan bukan pemasaran. Caranya ialah dengan
berkongsi pengalaman dalam sama-sama mengimplementasikan sistem perakaunan yang betul serta merancang dan melaksanakan strategi-strategi
kewangan dan perniagaan yang berkesan yang saya perolehi hasil terlibat sendiri di bidang perakaunan dan pengurusan perniagaan
selama ini.
Hubungi Saya.
Jadi, apa tunggu lagi! Langkah bijak anda seterusnya,
berbincanglah dengan saya. Sila berhubung dengan saya di alamat berikut:
Hamidon Zaini
(Perunding
Perakaunan, Perunding Pinjaman dan Perunding Perniagaan)
366, Jalan Melati 10
Taman Desa Melati 3 Fasa 4
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
Telefon Bimbit : 016-620 8414
(talian tetap
untuk fax sedang menunggu kelulusan Telekom Malaysia)
Kawasan sasaran: Bersedia untuk berkhidmat di Seluruh
Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuk Negara Brunei Darussalam.
Di zaman ICT serba canggih ini, marilah kita manfaatkan
kemudahan ICT dengan menggunakannya secara meluas.
Alamat email: hamidon_zaini@yahoo.com atau hamidonzaini@gmail.com
Laman Web: http://hamidon-zaini.tripod.com